Pages

Wednesday, 28 March 2012

NOTA SEJARAH TING.1 (BAB 1)


Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
  • Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
  • Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
  • Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan
    negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
  • Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
  • Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  • Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa 
  • Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara
Ciri-ciri sejarah
  • Terbahagi kepada dua Fakta yang tepat dan benar
  • Fakta atau maklumat sejarah bermaksud peristiwa tempat dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya berdasarkan sumber yang sahih
  • Fakta sejarah tidak boleh direka dan tokok tambah
  • Fakta sejarah juga perlu dipertangungjawabkan dari segi sumber dan kesahihannya.
  • Contohnya d. Penemuan arkeologi Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita bermula sejak 35,000 tahun dahulu
Penting dan bermakna
  • Mengingati tarikh lahir, tarikh sambutan hari kebangsaan hari guru dan segala kejadian berkaitan dengannya adalah adalah sebahagian daripada sejarah
  • Setiap orang akan sentiasa mengingati tarikh kelahirannya kerana ia amat masyarakat dan negara
  • Kad pintar amat bermakna kepada kita kerana kad tersebut mengandungi maklumat pengenalan diri, lessen memandu, jenis darah, jenis penyakit yang dihidapi dan sebagainya
  • Tarikh lahir, tarikh perkahwinan seseorang atau tarikh kematian seseorang yang rapat dengan kita adalah tarikh yang amat bermakna kepada seseorang
  • Kad akuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam juga mengandungi maklumat penting tentang perkahwinan seseorang Majlis seperti Sambutan Hari Guru, Sambutan Hari Pekerja adalah untuk menghargai guru dan pekerja
Sebab dan Akibat
  • Sejarah juga menjelaskan mengapa sesuatu peristiwa itu berlaku dan kesan daripada peristiwa atau sebab dan akibat
  • Pengkaji sejarah perlu mengkaji perkara di bawah untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
         a. apa
         b. siapa
         c. bila
         d. di mana
         e. mengapa
         f. bagaimana peristiwa itu berlaku
  • Sebagai contoh: Kemasukan kaum imigran Cina dan India ke Tanah Melayu semasa zaman penjajahan British telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini yang mempunyai budaya dan amalan sendiri
Sumber Sejarah
  • Sumber Sejarah terbahagi kepada dua
        a. Sumber pertama atau sumber primer
        b. Sumber kedua atau sumber sekunder

Sumber Pertama


  • Dikenali sebagai sumber primer
  • Sumber iini ialah kumpulan sumber atau bahan asli, belum ditafsirkan, diolah dan dicetak
  • Sumber primer adalah dalam bentuk a. kertas b. fosil c. artifak d. keterangan lisan
  • Contoh-contoh sumber pertama ialah a. Surat peribadi b. Diri c. Manuskrip yang belum dicetak d. Batubersurat
  • Ahli sejarawah digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku Muzium negara dan arkib negara merupakan tempat menyimpan bahan-bahan yang boleh dirujuk
Sumber Kedua

  • Dikenali sebagai sumber sekunder
  • Sumber kedua terdiri daripada bahan yang dikaji melalui pembacaan bahan yang bertulis
  • Sumber ini merupakan sumber kedua bahan yang ditulis dan ditafsir oleh sejarawan
  • Contoh-contoh sumber kedua ialah
        a. Buku
        b. Endiklopedia
        c. Majalah dan surat khabar
       d. Buku teks
       e. Rencana
       f. Jurnal
       g. Laporan tahunan jabatan
       h. Risalah

Kaedah Sejarah

1)Kaedah Lisan
  • Sumber lisan ialah sesuatu yang duucapkan atau diberitahu oleh orang sumbe
  • Ahli sejarah memperolehi maklumat sejarah malalui cerita-cerita lisan atau pengucapan oleh seseorang tokoh
  • Maklumat yang diperolehi terus daripada responden melalui ucapan, penceritaan dan perbualan dinamakan kaedah lisan
  • Sumber sejarah yang diperolhi melalui akedah lisan berkait rapat dengan sastera rakyat seperti mitos, lagenda dan puisi
  • Ahli sejarah perlu mengelakkan diri daripada memasukan undur tokok tambah
  • Ilmu sains dan teknologi menyebabkan televisyen, internet, televedio, cakera padat pita rakaman menjadi sumber lisan utama. Ini juga dikenali sebagai kaedah pandang dengar
  • Menonton berita dan liputan secara langsung melalui televiisyen dianggap sebagai sumber lisan
  • Kaedah mendapat sumber lisan yang lain ialah
          a. Temu ramah b. Penceritaan
  • Kaedah temuramah dan penceritaan ini bertujuan untuk mendapatkan latar belakang ataupun pandangan daripada seorang tokoh
2)Kaedah Bertulis
  • Kajian terhadap sesuatu fakta juga boleh didapati daripada bahan bertulis
  • Pengkaji telah menggunakan alat-alat di bawah untuk mentafsir fakta yang diperolehi
          a. Catatan perjalanan
          b. Diari
         c. Tujuan dan gambar pada kulit binatang
         d. Duit syiling
         e. Daun
         f. Kesan pahatan di batu nisan atau di dinding gua, daun kayu, kulit kayu
         g. gading dan kertas
         h. surat I Manuskrip
  •  Melalui sumber yang ditulis dilakar dan di pahat membantu sejarawan memperolehi maklumat mengenai Sesuatu perkara Peristiwa Tokoh Kejadian Perundangan Adat resam
  • Contoh sumber bertulis ialah Sejarah Melayu mengenai Kesultanan Melayu Melaka
3)Kaedah Arkeologi


  • Melalui kaedah arkeologi, fakta yang diperolehi didapati dengan proses gali cari bahan- bahan purba yang tertanam di dalam tanah atau dasar laut
  • Ia juga merupakan kaedah saintifik
  • Bahan yang dijumpai dipanggil sebagai artifak
  • Kebanyakan bahan ini disimpan di Muzium atau Arkib
  • Artifak ini dapat menjelaskan kegiatan dan kebudayaan manusia zaman dahulu
  • Melalui proses pentakrihan radiokarbon, ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah dapat disahkan
Pentafsiran Sejarah
  • Tafsiran sejarah boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya 
  • Pengkaji sejarah perlu mengkaji dan membuat penyelidikan mengikut tatacara yang betul dan tepat
  • Tafsiran sejarah adalah berbeza mengiktu kaca mata antara ahli sejarah
  • Tafsiran sejarah boleh berbeza kerana seseorang pengkaji cenderung untuk mendorong sesuatu pihak
  • Perkara ini dikaitkan dengan bias atau kecondongan dalam sejarah
  • Ahli sejarah atau pengkaji sejarah perlu menilai dan membuat pentafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah dengan jujur dan bertanggungjawab
  • Tafsiran yang benar dan tepat bertujuan untuk memberi maklumat yang benar kepada masyarakat tentang sesuatu peristiwa itu
Tujuan Dan Faedah Mempelajari Sejarah
  • Membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
  • Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa Mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa
  • Memberi semangat agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mengulangi keagungan negara seperti pada Zaman Kegemilangan Melayu Melaka
  • Sentiasa beringat dan berwaspada supaya sesuatu peristiwa yang tidak diingini tidak akan berulang
  • Memupuk semangatpatriotisme iaitu perasaan cintakan tanah air
  • Membantu mwmbuat ramalan pada masa hadapan iaitu tentang sesuatu peristiwa
  • Semangat cinta yang menebal dan sanggup berkorban untuk mempertahankan negara

DAPATKAN NOTA MINDA DI SINI:
http://www.4shared.com/document/0xWUNlh1/bab1.html



JOM BUAT LATIHAN!!!

Latihan Objektif Bab 1


1. Diari peribadi Mui Ling mempunyai semua data tentang dirinya daripada tarikh dia dilahirkan sehinggalah ke hari iniNyatakan kepentingan seseoran mengenali diri sendiri

A.
Mengetahui latar belakang nenek moyangB. Mengenali diri kita dan keluarga
C.
Mengingati semua tarikh yang bererti
D. Menjadi seorang yang kenal diri, berwawasan dan dapat membina cara hidup yang bermatlamat
2 Tema Hari Kebangsaan 'Keranamu Malaysia', dipilih sebagai tema hari kebangsaan selama lima tahun berturu-turut dari tahun 2000 tahun. mengapakah tema dan sambutan kemerdekaan yang penuh gemilang diadakan setiap tahun?

A.
Meraikan hari bersejarah negara
B. Untuk menghidurkan rakyat Malaysia
C. Sebagai tanda kesyukuran dan kebanggaan terhadap negara tercinta
D. Kita patut bersuka ria kerana negara tidak dijajah lagi
4. Pendudukan Jepun di Tanag Melayu merupakan suatu contoh peristiwa bermakna terhadap sejarah

A.
NegaraB. Masyarakat
C.
IndividuD. Agama

6. Sejarah merupakan catatan ataupun rekod mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang laluPenyataan di atas berkaitan dengan maksud sejarah.Siapakan yang mengeluarkan pernyataan tersebut?

A. Kamus Dewan
B. Ibn Khaldun
C. Herodotus
D. Muhd. Yusof Ibrahim

11. Peristiwa lawatan Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohammad ke India pada tahun
2002 dianggap bermakna kerana
12. Kad Pintar yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk menggantikan kad pengenalan
mengandungi maklumat-maklumat berikut
I Pengenalan diri
II Lesen memandu
III Tarikh nikah dan maklumat keluarga
IV Jenis darah dan penyakit yang dihidapi

13. Husna mendapat 5 A dalam pepepriksaan UPSR 2002. Generalisasi yang dapat dibuat berdasarkan kejayaan tersebut mengikut konsep sejarah ialah

A. Husna seorang pelajar yang rajin
B. peristiwa yang amat bermakna dalam kehidupan Husna
C. Husna berasal daripada keluarga terpelajar
D. keluarga Husna mengambil berat tentang pelajarnya

14. Sejarah dinilai dari segi ketepatan dan kebenaran sesuatu peristiwa dapat dibuktikan melalui
A. sumber yang sahih
B. penganalisaan yang rapi
C. memenuhi kehendak ramai
D. diolah dan diianalisis oleh para sejarawan
15. Penjajahan British di Tanah Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan perushaan getah dan bijih timahNyatakan bukti yang menyokong penyataan di atas

Soalan 16 berdasarkan pernyataan di bawah
------------------------------------------------------------------------
Portugis membina Kota A Famosa untuk mempertahankan Melaka daripada jatuh ke tangan musuh
------------------------------------------------------------------------

17. Jalan kereta api dari Taiping ke Port Weld membuktikan kepada kita

18. Arkeologi yan ditemui di Kota Tampan, Perak membuktikan penempatan awal di negara kita. Hasil penemuan tersebut berkaitan dengan ciri sejarah berikut

A. fakta sejarah perlu dipertanggungjwabkan
B. fakta atau maklumat yang tepat
C. bermakna dan signifikan
D. sebab dan akibat
19. Antara yang berikut yang manakan boleh dikategorikan sebagai bentuk sumber primer?

A. Fosil, kertas, artifak dan keterangan lisan
B. Artifak, monumen dan buku ensiklopedia
C. Majalah dan surat khabar
D. Peta, diari, buku dan bahan bertulis
21. Ensiklopedia ialah contoh sumber

A. primer
B. sekunder
C. utama
D. sampingan

22. Kajian pengajian sejarah termasuklah

I kaedah lisan
II kaedah arkeologi
II kaedah bertulis
IV kaedah rujukan bahan bertulis
23. Sesuatu yang diucapkan oleh orang sumber dikenali sebagai

A. mitos
B. sumber bertulis
C. legenda
D. sumber lisan

24. Antara berikut yang manakah merupakan kaedah untuk mendapatkan sumber lisan?

A. Lakonan
B. Pendapat
C. Penceritaan
D. Puisi
25. Ahli sejarah telah menemui bahan-bahan sejarah setelah usaha cari gali dilakukan di sebuah gua. Apakah kaedah yang merka gunakan?

A. Kaedah arkeologi
B. Kaedah primer
C. Kaedah sumber
D. Kaedah lisan
28. Lihat maklumat di bawah
*********************************
* Datuk Bahaman
* Mat Kilau
* Tok Janggut
*********************************
Tokoh-tokoh di atas merupakan tokoh sejarah yang menentang penjajah BritishPenulis dan sejarawan Barat menafsirkan tokoh-tokoh di atas sebagai pemberontak.Mengapakah mereka membuat tafsiran sedemikian?

A. Mereka berasa tercabar dengan kekuatan masyarakat tempatan
B. Penjajah menganggap tokoh-tokoh tersebut disokong oleh Sultan dan pembesar
C. Mereka cuba melindungi niat buruk penjajah Barat
D. Sistem pentadbiran Barat telah terjejas
30. Apakah perkara-perkara yang boleh dilakukan dengan pengetahuan sejarah yang diperolehi?

I Dapat membuat penilaian mengenai sesuatu peristiwa
II Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
III Mengetahui sebab sesuatu peristiwa yang berlaku
IV Mengetahui akibat sesuatu peristiwa yang berlaku

2 comments: